Sunday, February 15, 2009

Titah Baginda Yang Di-Pertuan AgongTuanku Mizan Zainal Abidin-malaysiakini

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan. Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara. "Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini. Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. "Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan," titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan. Baginda bertitah bahawa hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. "Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita," titah Seri Paduka. Tuanku Mizan juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengenai berita palsu dan fitnah yang disebar pihak tertentu termasuk melalui laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, baginda mahu rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. "Sesungguhnya kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah baginda. Baginda juga mahu pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. Isa: Menyokong penuh supaya YDP Agong mengambil tindakan segera diatas segala kecelaruan yang berlaku kini.

Wednesday, July 16, 2008

Jubli Emas Sultan Kedah

Jubli Emas Sultan Kedah penuh istiadat
TUANKU Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultanah Haminah Hamidun melambai tangan kepada rakyat jelata semasa menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa ketika perarakan beristiadat dari Dataran Wisma Darul Aman ke Dataran Balai Besar bagi sambutan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah di Alor Star, semalam.

ALOR STAR 15 Julai - Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini diraikan segenap lapisan rakyat dalam suasana gilang-gemilang dan penuh tradisi Kesultanan Melayu.

Upacara kira-kira tiga jam itu bermula dengan perarakan diraja sejauh 3.2 kilometer bermula dari Wisma Darul Aman sehingga ke Balai Besar di depan Masjid Zahir di bandar raya ini.

Perarakan penuh warna-warni dan adat-istiadat itu turut dimeriahkan dengan perbarisan 10,000 murid sekolah di bahu jalan bermula dari persimpangan Wisma Darul Aman menuju ke persimpangan Jalan Putra.

Sultan dan Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun diarak menggunakan 'Bahtera Emas Lapis Suasa' sambil diiringi oleh tiga kumpulan pancaragam sekolah menengah, Pasukan Berkuda Polis Diraja Malaysia, Kontijen Pegawai Tadbir Negeri (KCS), empat hulubalang diraja dan kenderaan Sultan Kedah.

Lebih menarik perarakan beristiadat itu turut diiringi oleh tiga ekor gajah digelar 'Deli', 'Ita' dan 'Mariam' yang dibawakan khas dari Kelantan dengan dipakaikan kostum berwarna merah sempena bendera negeri Kedah.

Unit gajah berkenaan berada di bahagian depan bagi menerajui bahtera yang dinaiki oleh Sultan dan Sultanah Kedah sebagai simbolik perisai betapa pentingnya mempertahankan raja pada setiap masa.

Walaupun hujan renyai-renyai seketika sewaktu perarakan berlangsung, ribuan rakyat jelata juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan perarakan dan istiadat perbarisan kehormat serta pengisytiharan jubli emas sempena hari bersejarah itu.

Sejurus perarakan tiba di hadapan Balai Besar, Sultan dan Sultanah Kedah berangkat turun dari bahtera menuju ke Pentas Diraja.

Gajah jantan dari Kelantan bernama Deli mendapat perhatian ramai semasa perarakan dan perbarisan sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Star, semalam.

Pasukan Kawalan Kehormat kemudian menyembah 'Hormat Diraja' dan lagu Allah Selamat Sultan dialunkan sebelum bendera peribadi Sultan Kedah dikibarkan diiringi tembakan meriam 50 das.

Upacara diteruskan dengan Sultan Kedah memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan sebelum baginda berangkat semula ke Pentas Diraja disusuli sembah 'Hormat Diraja' oleh Pasukan Kawalan Kehormat sebelum lagu Allah Selamat Sultan dimainkan sekali lagi. Sultan dan Sultanah Kedah kemudian berangkat ke Bilik Menunggu di Balai Besar.

Turut hadir menyaksikan upacara bersejarah itu ialah Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah; Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dan lain-lain kerabat bergelar. Selepas Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, Azizan dan lain-lain kerabat bergelar serta tetamu jemputan mengambil tempat di Dewan Penghadapan Balai Besar, Tuanku Abdul Halim dan Sultanah Haminah berangkat masuk ke Balai Penghadapan.

Baginda berdua diiringi oleh pegawai-pegawai yang membawa cogan agama, cogan alam, Cokmar dan Lembing serta juru-juru iring pegawai tentera serta polis didahului oleh Datuk Indera Senggara, Datuk Saad Endut. Payung-payung istiadat dikembangkan dan paluan nobat lagu perang dipersembahkan sebelum Sultan dan Sultanah Kedah bersemayam di atas singgahsana.

Sultan dan Sultanah Kedah menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dalam perarakan beristiadat dari Dataran Wisma Darul Aman ke Dataran Balai Besar bagi sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah di Alor Star, Kedah, semalam.

Datuk Indera Senggara kemudian menghadap Sultan Kedah bagi mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat dan Menteri Besar melafazkan pengisytiharan sambutan perayaan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah. Ia diikuti paluan nobat lagu perang sebelum Mufti Negeri, Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim membacakan doa sebaik sahaja istiadat tersebut selesai.

Datuk Indera Senggara sekali lagi menghadap Sultan Kedah mempersembah maklum memohon izin untuk menamatkan istiadat sebelum Sultan dan Sultanah Kedah berangkat turun dari singgahsana diikuti paluan nobat. Upacara berakhir apabila Sultan dan Sultanah Kedah didahului oleh Datuk Indera Senggara diiringi pembawa-pembawa alat kebesaran Diraja berangkat meninggalkan majlis diikuti juruiring. Sultan Kedah diputerakan pada tanggal 28 November 1927 dan menaiki takhta kerajaan negeri Kedah Darul Aman pada 15 Julai 1958 setelah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

Pada 20 Februari 1959, baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Tuanku Bahiyah Tuanku Abdul Rahman ditabalkan secara rasmi sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang-gemilang di Balai Besar di sini. Hari ini, genap 50 tahun pemerintahan baginda di bumi Kedah Darul Aman dan pelbagai acara diatur bagi memeriahkan lagi sambutan itu.

Acara sambutan dimulakan pada hari ini dan bakal diakhiri dengan pelancaran buku 40 Tahun Lembaga Kemajuan Perempuan Islam

utusan on line

Sunday, June 1, 2008

Kalau betul?

Berita Tentang Raja @ Sultan @YDP AGONG sepatut dilakukan pada awal berita,bukan sebelum berita sukan.Ini berlaku pada semua stesen Tv di Malaysia.Menteri Penerangan sila ambil perhatian.

Thursday, May 22, 2008

MEMORANDUM GENERASI MUDA MALAYSIA ‘MEMPERTAHAN PERLEMBAGAAN; MEMELIHARA KEDAULATAN; MENERUSKAN KEGEMILANGAN’

15HB MEI 2008Usaha menandatangani memorandum generasi muda Malaysia adalah khususdilaksanakan untuk menyatakan pendirian generasi muda berkenaan pelbagai isuyang berkait langsung dengan kestabilan politik dan keharmonian kaum yang selamaini dinikmati di negara bertuah ini.Berasa khuatir dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dari suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan cenderung ke arah penghinaan langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu – yang menjadi elemen penting kepada kestabilan politik selama ini.Atas dasar cinta Negara yang kukuh dan luhur – generasi muda Malaysia secara sepakat dan sepenuh hati ingin mengambil ketetapan berikut dengan menandatangani memorandum ini secara sukarela dan ikhlas hati tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum, iaitu :-· MEMPERTAHAN dengan sepenuh hati dan kesungguhan – segala sifat dan amalan Rukunegara yang menjadi tiang seri kepada kestabilan Negara;· MEMELIHARA kedaulatan institusi Raja berperlembagaan; · MENERUSKAN usaha dan tanggungjawab untuk mempertahan kegemilangan dan kejayaan Malaysia selama ini;· MENGHARGAI kemerdekaan dan nikmat pembangunan Negara;Memorandum ini juga dengan secara jelas ingin mengusulkan perkara berikut:-· MENYOKONG sebarang tindakan yang diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat keharmonian kaum, agama dan institusi raja berperlembagaan;· MENOLAK sama sekali amalan yang mampu mencetuskan ketegangan kaum;· MEMUPUK perpaduan dan amalan nilai murni di kalangan generasi muda tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang;Adalah menjadi harapan kami, generasi muda Malaysia agar pandangan dan komitmen kami ini diterima dengan hati yang terbuka. Memorandum dan suara generasi muda Malaysia ini seharusnya cukup memberikan bayangan bahawa kami tidak akan mudah diheret ke arah amalan politik kebencian dan penghinaan yang diamalkan sesetengah pihak.Kami punya tanggungjawab dan peranan yang besar – dan tidak akan sesekali meletakkan masa hadapan kami di atas tangan mereka yang tidak menghormati amalan Perlembagaan dan asas Rukunegara. Sekian.

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU
kami ingin membantu
blog GPMS
jadi luahkan taat setia
DISINI